Rabu, 11 April 2012

Surat daripada kedua-dua ibu bapa kita..!

Dengan nama Allah S.W.T.


Kehadapan anakku ,
Bacalah dengan teliti.Apabila kami sudah tua,kami berharap engkau akan memahami dan akan bersabar dengan kami.Jika kami ada buat silap, kami harap engkau tidak akan mengherdik kami.Orang tua sememangnya lebih mudah berasa hati,kasihanilah kami seperti engkau mengasihani diri engkau sendiri.Apabila pandangan kami kabur, pendengaran kami semakin terjejas dan kami tak dapat melihat gerak bibirmu dan tak dapat mendengar kata katamu, janganlah memanggil kami `pekak orang tua ni' tolonglah ulang kata-katamu atau tuliskan sahaja.Maafkan kami anakku, kami semakin tua..


Apabila kaki dan lutut kami semakin lemah,kami berharap engkau mempunyai kesabaran untuk membantu kami berdiri sepertimana kami membantumu semasa engkau kecil, ketika itu engkau tengah bersemangat belajar berjalan.Bersabarlah dengan kami ,bila kami asyik mengulangi cakap yang sama.Kami berharap engkau terus usaha mendengar kata kata kami.Jangan mempersendakan kami atau jemu mendengar kata kata kami.Jika engkau masih ingat ketika engkau kecil dan mahukan sesuatu ,engkau asyik mengulangi kehendakmu hingga beroleh apa yang engkau inginkan.Kami harapkan kesabaran yang sama darimu.Apabila kami sering seperti marah dan merajuk,semuanya kerana kami semakin tua .Mungkin engkau akan faham kelak..


Wahai anakku,


Andaikan engkau miliki masa terluang, kami berharap kita dapat bersembang walaupun seketika.Kami selalunya bersendirian sahaja tanpa teman untuk berbicara.Kami tahu engkau sibuk dengan kerja.Walaupun engkau tidak berminat dengan cerita kami,tapi tolonglah luangkan sedikit masamu untuk kami.Seperti satu masa dulu, kami mendengar cerita ceritamu ....


Wahai anakku,




Apabila sampai masa kami terlantar uzur,kami berharap engkau bersabar menjaga kami .Maafkan kami jika kami mengotori tempat tidur kerana tak gagah untuk ke tandas sendirian,kami berharap kesabaran engkau menjaga kami di saat saat akhir hidup kami.Kami takkan bertahan lama lagi .Apabila malaikat maut datang menjemput kami,doakan keampunan dan kesejahteraan kami di alam sana..


Jangan bimbang anakku,


InsyAllah apabila nanti kami menghadap Pencipta kami,akan kami pohon Rahman dan Rahimnya untukmu yang telah menyayangi orang tuamu.Terima kasih atas belaian yang engkau kembalikan kepada kami..Jangan tinggal solat .Kami amat menyayangimu...


Dari ibu dan ayahmu..


Kita mestilah menghormati kedua-dua ibu bapa kita dan mendoakan kesejahteraan mereka selalu...

Selasa, 10 April 2012

ketika cinta tidak tiba di pelabuhan..!


Ketika kita sudah menyempurnakan ikhtiar dengan niat menjaga kesucian diri dari dosa dan menjaga kesucian pandangan, malahan beserta dengan proses ta’aruf yang terjaga...


Ketika kita juga sudah berdoa setiap hari, solat Istiqarah hingga menitiskan airmata bercucuran.

Dan sepertinya dialah yang terbaik buat kita...

Dialah yang akan menjadi pendamping hidup kita...



Namun... ternyata dirinya tidak bersedia menerima kita...

Ternyata dirinya menolak cinta kita...

“Oh My Allah...!” Dunia dirasakan seperti mahu kiamat, hati terhiris-hiris... hidup jadi senandung sendu...



Saudara semuslimku...

Memang alangkah bahagianya jika cinta yang hendak kita bingkai dalam nuansa indah PERNIKAHAN, mendapatkan sapaan lembut, sambutan hangat serta lerekan senyum dari dia yang kita dambakan. Namun betapa nestapanya ketika CINTA TULUS yang kita ungkapkan... ternyata harus BERTEPUK SEBELAH TANGAN...



Cinta memang tidak semestinya harus memiliki... Mungkin kita sering mendengar ungkapan itu... Mudah diucapkan, tetapi kenyataannya... sukar dilaksanakan...



Saudara semuslimku...

Janganlah bersedih, yakinilah bahawa kegagalan cinta yang kita alami dan tertolaknya cinta yang kita ajukan sememangnya sudah dirancang dan ditulis sedemikian rupa oleh Allah swt. Semuanya ada hikmah yang belum lagi kita fahami.



Saudara semuslimku...

Yakinlah bahawa Allah pasti akan memilihkan yang terbaik buat kita. Jika kita ditolak saat ini, bererti Allah sudah menyiapkan buat kita yang lebih baik dari yang sekarang menolak kita.



Saudara semuslimku...

Janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah... Allah ingin menguji kita untuk memperlihatkan seberapa besar komitmen kita terhadap pernikahan. Allah ingin lebih mendewasakan kita dan memantapkan keperibadian kita dalam menghadapi kegagalan...



Saudara semuslimku...

Kita mungkin kecewa,trauma,duka, sedih serta kehilangan semangat, tetapi jangan sampai rasa SEDIHMU itu memakan hari-harimu...


Ketika engkau terlalu larut dalam kesedihan, maka dirimu akan menjadi lemah... Ya... lemah dalam beribadah dan malas dalam bekerja.. Lalu ia mengiringmu untuk berburuk sangka terhadap Allah.. Dan syaitan akan menggunakan perangkapnya untuk menipumu..


Sehingga gaya hidup kamu menjadi bebas... tiada lagi aturan. Saudara semuslimku... yang pasti, hari-harimu TIDAK AKAN BAHAGIA selama engkau LARUT DALAM KESEDIHAN...



Dunia tidak selebar daun keladi, bukannya kamu tidak tahu bahawa dunia ini begitu luas, bertebaranlah di bumi Allah yang luas ini. Jodohmu mungkin ada di sebuah pulau, atau di sebuah bandar lain, atau mungkin di negeri lain atau mungkin juga hanya dekat dengan rumahmu...


Carilah dengan jalan yang diredhai oleh-Nya, seperti kata Imam Hasan Al Banna “Mimpimu hari ini adalah kenyataan hari esok kerana kenyataan hari ini adalah mimpimu hari kelmarin...” Maka raihlah mimpimu...

Yakinlah saudara semuslimku... harapan itu masih ada, carilah gantinya dengan menjaga niat kita...

Carilah seseorang yang mampu melabuhkan cintanya kepada Allah, agar bertambah kekuatan cintamu kepada Allah...

agar bertambah imanmu, ketika engkau bersamanya..

Bukan hanya sekadar melempiaskan kekecewaan atau nafsu belaka..

Kerana dengan niat yang lurus mencari redha Allah, insya Allah akan membawa keberkatan..



Saudara semuslimku...

Sambil kita mencari, jangan lupa memperbaiki diri... perbaiki kekurangan kita dalam segala hal... Siapkan dari sisi ruhiyah kita, sisi ekonomi kita, kematangan kita, keilmuan kita. Itu pun jika kita ingin mendapat pasangan yang berkualiti tinggi. Kerana sudah tentu kita seharusnya berkualiti bagus juga. “Wanita yang baik untuk lelaki yang baik...” begitulah Allah berfirman dalam Surat An-Nur:26


Saudara semuslimku... cubalah hadapi segalanya dengan tersenyum... kerana senyuman menghilangkan tegangnya aliran fikiran kita..


Senyuman itu menggerakkan 17 otot wajah, manakala bermasam muka atau marah memerlukan tarikan 32 otot wajah, begitulah kata seorang doktor


Tersenyumlah saudara semuslimku...

Kerana senyuman membuat peredaran darah menjadi lebih baik

Kerana senyuman membuat hati menjadi lebih ceria..

Kerana senyuman warisan Rasulullah saw

Kerana senyuman adalah sedekah...



Saudara semuslimku...


Jika kita sudah menyingkap kegagalan dengan bijaksana, buatlah suatu usaha indah yang bakal dikenang sejarah. Buatlah diri kita bermanfaat juga untuk orang lain..


Buktikanlah bahawa kegagalan telah berjaya membuat diri kita menjadi tabah dan tahan di uji...

Ketabahan yang akan melonjakkan potensi dalam diri..

Membangunkan kita dari tidur lelap. Membukakan mata hati kita agar lebih arif dan bijak memandang kehidupan.



TETAPLAH BERSEMANGAT...! YAKINLAH SAUDARA SEMUSLIMKU... HARAPAN ITU MASIH ADA



Ingatlah dengan pesanan saudara semuslim kita yang jauh lebih baik dari diri kita lama dahulu... Ibnu Al-Jauzi, “Jika anda tidak mampu menangkap hikmah, bukan kerana hikmah itu tidak ada, namun semua itu disebabkan kelemahan daya ingat anda sendiri. Anda kemudian harus tahu bahawa para Raja pun memiliki rahsia yang tidak diketahui setiap orang, lalu bagaimana mungkin anda dengan segala kelemahan yang ada akan mengungkap seluruh hikmahnya...?”



“Ya Allah, berilah kami kekuatan dalam menjalani liku-liku kehidupan ini. Limpahkan belas kasih sayang Mu kepada kami sehingga kami mampu mengambil hikmah dalam setiap kejadian yang selalu membawa kebaikan buat kami...”


Amiinnn...



Wallahu`alam



Isnin, 9 April 2012


kadang kadang hidup ini banyak dugaan tapi janganlah kita berputus asa yer kawan kawan kerana Allah S.W.T. sentiasa ada di sisi kita...!
Mengingat Dosa bukan untuk putus asa, tetapi untuk insaf…


Sekali buat salah bukan bermakna salah untuk selama-lamanya. Putus asa sangatlah dicela. Ia  ibarat mengurangkan atau hilang sepenuhnya kepercayaan terhadap Allah yang memiliki sifat Pengampun dan Dia adalah yang Maha Pengampun, memberi maksud, sangat hebat dan luasnya pengampunan Allah.

Bagi saya mengingati dosa untuk insaf tidak ada salahnya. Tapi jika sebaliknya, mengingat dosa sampai tidak tahu hendak buat apa, sampai hilang kebergantungan kepada Allah, maka itu adalah salah.

Justeru, setiap manusia mesti ada rasa insaf dalam diri bagi  mencetus rasa untuk kembali ke pangkal jalan dan menjadi hamba yang mulia di sisi Robb-nya.

Bagi yang sering terperangkap dengan mainan ungkapan ‘putus asa’ dengan dosa, bangkitlah !  kerana keampunan Allah sentiasa terbuka untuk hamba-Nya yang yakin dengan Maha Pengampun-Nya.

Ingatlah dosa untuk insaf, jauhi putus asa !


“Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah” ( QS Surah Az-Zummar : 53 )



Wallahu`alam


Khamis, 8 Mac 2012

Selamat bercuti..!

  • sekarang dah masuk cuti penggal pertama bagi sekolah ..saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakan saya dan semua pembaca blog saya...cuti cuti juga tapi jgn lupa kat buku tau...exam dah dekat...tlg doakan saya dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan yer....

santai..!

hari ini saya happy sangat sangat sebab daddy saya beri  pada saya hadiah seutas jam berjenama Casio...mmg cantik sama cantik dgn harganya....kadang2 kita kena juga kegembiraan kita dgn org lain btl tak??saya saja jer nk kongsi kegembiraan saya kat korang yang sudi singgah kat blog saya yang tak seberapa cantik dan sangat simple...kalau korang pun nk kongsi kegembiraan korang atau kesedihan korang kat saya .silalah komen...mungkin saya dapat membantu korang kot ...

Sabtu, 3 Mac 2012

Indahnya hidup ini..!

Ada banyak ukuran dan gambaran yang dibayangkan oleh setiap orang ketika meresapi kalimat "indahnya hidup ini". Sebagai contoh, ada yang mengenang zaman kecil mereka dengan kesempatan untuk menikmati canda tawa bersama teman-teman kala bermain dengan penuh kebebasan dan keriangan, akan mengatakan masa kanak-kanak adalah kenangan hidup terindah. Sebaliknya, ada yang mengalami pengalaman menyakitkan sewaktu masa tersebut akan berbicara lain. Mungkin ia akan bercerita tentang kepahitan dan buruknya kenangan hidup ini.


Walaupun ada pelbagai contoh lain lagi yang dapat dipilih untuk menggambarkan “indahnya hidup ini”, tapi mari kita cukupkan dengan contoh tersebut untuk sedikit memahami topik ini. Ada banyak idea dan realiti mengenai hidup ini. Kita tidak dapat memastikan jawapannya dengan memuaskan semua mata dan telinga. Sebab, kenyataannya sebuah sisi indah berkaitan erat dengan sebuah sisi buruk. Dua dimensi hidup yang semestinya dialami oleh setiap orang. Berbeza namun tidak terpisahkan.


Dalam fikiran dan kenyataan kita masing-masing terdapat banyak hal ataupun peristiwa yang menampakan indahnya hidup ini. Mari kita sesaat cuba mengingat hal-hal seperi ini…tentang sebuah pagi indah yang acapkali kita lupakan, matahari yang seolah-olah menenggelamkan diri dibatas pandangan kita, tentang titik-titik air yang dititiskan awan, indah pelangi sehabis hujan, hijaunya bukit dan pegunungan kita, selimut kabut yang menutup lembah, lautan biru yang tenang dan sesekali menakutkan kita oleh gelombang dan gemuruhnya, pelbagai makhluk hidup yang mendiami dan menghiasi dunia bawah air dalam melengkapi kehidupan yang menakjubkan, hutan tempat sejuta kehidupan lainnya, indah kupu-kupu bersama bunga-bunga di taman, kicau riang burung-burung, dan banyak lagi keindahan yang tiada habis terungkapkan oleh kita dengan sempurna tanpa melihat kesempurnaan yang melekat di dalamnya, Selaras dengan keindahan hidup, dalam fikiran dan kenyataan buruknya hidup ini juga terlihat jelas di mata dan hati nurani kita.


Bagaimanakah seterusnya kita dapat membuka hati untuk melihat kedua sisi yang erat dalam hidup ini…?


Setiap orang hanya mungkin menjawabnya dengan sebuah kebenaran yang ikhlas, jika ia terlebih dahulu memiliki  muhasabah mendalam terhadap makna kehidupan sebagai manusia. Iaitu titik kehidupan yang berbeza kedudukan dalam "dunia binatang" yang liar dan kebebasan.
 

Inti kehidupan yang patut direnungkan dalam anarkinya zaman ini yang haus dengan individualistik. Orang –orang yang begitu bergelora untuk memuaskan nafsu dan keegoaan diri.


Renungan diri atas hidup adalah pedang untuk membelah keindahan dan keburukan. sebuah pedang muhasabah terhadap hidup yang telah dipengaruhi dan mempengaruhi bagi pembentukan watak serta karektor asli sebagai manusia yang mulia. Tanpa pengenalan akan sebuah perenungan yang mendalam, kita hanya akan melahirkan kehampaan hati dan derita. Hidup yang tanpa makna.
 

Banyak persoalan menjadi penyebab kesalahan-kesalahan yang kemudian menumpuk menutup pandangan hidup yang bernilai dan bermartabat tinggi. "No way to see the future", tiada jalan untuk melihat jauh ke hadapan. Penglihatan hari esok yang indah dan penuh rahmat terhalang oleh tumpukan sampah kehidupan yang kita tinggalkan sesuka hati. Tidak ada jalan kerana jalan sudah tertutup oleh kotoran sikap dan perbuatan yang najis dihadapan Ilahi. Tidak pernah akan kita temui jalan menuju tujuan jika sebagai muslim, kita tidak mengenal dan menguasai secara baik jalan tersebut.


Jalan hidup kita adalah jalan-jalan yang penuh dengan pesan serta nasihat para salafusoleh. Jalanan tempat kita lalui tidak seperti jalanraya yang mudah dan tetap untuk dilalui. Oleh itu, renungan untuk mengungkapkan indahnya perjalanan kita dalam dunia yang sementara kita diami  ini adalah muhasabah yang sangat mendalam, yang tidak terungkap, namun mengukuhkan kehidupan kita. Sebuah perenungan terhadap hidup yang dianugerahkan atau diberikan sebagai keajaiban oleh Dia, Sang Pencipta. Jangan sangsikan!


Jangan pernah berdalih dari kenyataan ini, meskipun arus jalanan cenderung memilih logik akal dan rasional yang menyamarkan aspek hubungan kehidupan antara Pencipta dan ciptaan-Nya.


Wallahu`alam.


santai..!

Dah lama tak update blog ....dalam satu bulan jugalah sbb baca novel INFLUENZA CINTA ..mmg best cerita dia ..tak puas baca...nk promote nie..kalau ada jumpa novel kena beli dan confirm takkan menyesal keluarkan duit tau...ok..salam..