Rabu, 11 April 2012

Surat daripada kedua-dua ibu bapa kita..!

Dengan nama Allah S.W.T.


Kehadapan anakku ,
Bacalah dengan teliti.Apabila kami sudah tua,kami berharap engkau akan memahami dan akan bersabar dengan kami.Jika kami ada buat silap, kami harap engkau tidak akan mengherdik kami.Orang tua sememangnya lebih mudah berasa hati,kasihanilah kami seperti engkau mengasihani diri engkau sendiri.Apabila pandangan kami kabur, pendengaran kami semakin terjejas dan kami tak dapat melihat gerak bibirmu dan tak dapat mendengar kata katamu, janganlah memanggil kami `pekak orang tua ni' tolonglah ulang kata-katamu atau tuliskan sahaja.Maafkan kami anakku, kami semakin tua..


Apabila kaki dan lutut kami semakin lemah,kami berharap engkau mempunyai kesabaran untuk membantu kami berdiri sepertimana kami membantumu semasa engkau kecil, ketika itu engkau tengah bersemangat belajar berjalan.Bersabarlah dengan kami ,bila kami asyik mengulangi cakap yang sama.Kami berharap engkau terus usaha mendengar kata kata kami.Jangan mempersendakan kami atau jemu mendengar kata kata kami.Jika engkau masih ingat ketika engkau kecil dan mahukan sesuatu ,engkau asyik mengulangi kehendakmu hingga beroleh apa yang engkau inginkan.Kami harapkan kesabaran yang sama darimu.Apabila kami sering seperti marah dan merajuk,semuanya kerana kami semakin tua .Mungkin engkau akan faham kelak..


Wahai anakku,


Andaikan engkau miliki masa terluang, kami berharap kita dapat bersembang walaupun seketika.Kami selalunya bersendirian sahaja tanpa teman untuk berbicara.Kami tahu engkau sibuk dengan kerja.Walaupun engkau tidak berminat dengan cerita kami,tapi tolonglah luangkan sedikit masamu untuk kami.Seperti satu masa dulu, kami mendengar cerita ceritamu ....


Wahai anakku,




Apabila sampai masa kami terlantar uzur,kami berharap engkau bersabar menjaga kami .Maafkan kami jika kami mengotori tempat tidur kerana tak gagah untuk ke tandas sendirian,kami berharap kesabaran engkau menjaga kami di saat saat akhir hidup kami.Kami takkan bertahan lama lagi .Apabila malaikat maut datang menjemput kami,doakan keampunan dan kesejahteraan kami di alam sana..


Jangan bimbang anakku,


InsyAllah apabila nanti kami menghadap Pencipta kami,akan kami pohon Rahman dan Rahimnya untukmu yang telah menyayangi orang tuamu.Terima kasih atas belaian yang engkau kembalikan kepada kami..Jangan tinggal solat .Kami amat menyayangimu...


Dari ibu dan ayahmu..


Kita mestilah menghormati kedua-dua ibu bapa kita dan mendoakan kesejahteraan mereka selalu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan