Isnin, 9 April 2012


kadang kadang hidup ini banyak dugaan tapi janganlah kita berputus asa yer kawan kawan kerana Allah S.W.T. sentiasa ada di sisi kita...!
Mengingat Dosa bukan untuk putus asa, tetapi untuk insaf…


Sekali buat salah bukan bermakna salah untuk selama-lamanya. Putus asa sangatlah dicela. Ia  ibarat mengurangkan atau hilang sepenuhnya kepercayaan terhadap Allah yang memiliki sifat Pengampun dan Dia adalah yang Maha Pengampun, memberi maksud, sangat hebat dan luasnya pengampunan Allah.

Bagi saya mengingati dosa untuk insaf tidak ada salahnya. Tapi jika sebaliknya, mengingat dosa sampai tidak tahu hendak buat apa, sampai hilang kebergantungan kepada Allah, maka itu adalah salah.

Justeru, setiap manusia mesti ada rasa insaf dalam diri bagi  mencetus rasa untuk kembali ke pangkal jalan dan menjadi hamba yang mulia di sisi Robb-nya.

Bagi yang sering terperangkap dengan mainan ungkapan ‘putus asa’ dengan dosa, bangkitlah !  kerana keampunan Allah sentiasa terbuka untuk hamba-Nya yang yakin dengan Maha Pengampun-Nya.

Ingatlah dosa untuk insaf, jauhi putus asa !


“Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah” ( QS Surah Az-Zummar : 53 )



Wallahu`alam


1 ulasan:

  1. tajuk untuk yang ini ialah Putus asa atau insaf..! sekian..

    BalasPadam