Jumaat, 27 Januari 2012

Jika aku jatuh cinta..!

Ya Allah...
Izinkanlah aku jatuh cinta
Pilihkanlah untukku
 
Seorang yang selalu terjaga hatinya pada Mu
Yang dapat menyejukkan disaat gundah gulana
Dan mengingatkanku disaat mulai salah tujuan
Sehingga membuatku semakin memuji Mu

Ya Allah... 
Jika tiba saatnya aku jatuh cinta
Pertemukan aku dengan seorang
Yang hatinya selalu terpaut pada Mu
Agar semakin bertambah cintaku pada Mu

Ya Allah... 
Jika tiba saatnya aku jatuh cinta
Maka jadikanlah kekagumamku akan kecantikannya
Membuatku semakin mengagumi akan ke-Esaan Mu

Ya Allah...
Jika tiba saatnya aku jatuh cinta
Izinkan aku di cintai seorang
Yang dapat menerima segala kekuranganku
Agar kami mampu menerima setiap cubaan dari Mu

Ya Allah...
Aku memohon pada-Mu
Jika tiba saatnya aku jatuh cinta
Maka jadikanlah cinta itu sebagai penguat cintaku pada Mu
Dan jangan dengan cinta itu, membuatku lupa akan diri Mu

Ya Allah...
Jika tiba saatnya aku jatuh cinta
Peliharalah cintaku padanya
Agar tidak melebihi cintaku pada Mu

Ya Allah... 
Jika tiba saatnya aku jatuh cinta
Genangi hati sanubariku dengan Asma Mu
Agar rasa cintaku pada Mu tetap utuh…

Ya Allah... 
Jika tiba saatnya aku jatuh cinta
Maka pertemukanlah kami dalam naungan cinta Mu
Berikan kami kesempatan
Untuk terus meningkatkan cinta pada Mu

Ya Allah... 
Jika tiba saatnya aku jatuh cinta
Jangan pernah engkau memalingkan wajah Mu
Anugerahkanlah aku dengan rahmat Mu
Dan peliharalah rasa cinta ini
Kepada yang telah Engkau takdirkan
Cinta suci yang menyejukkan hati
Dan tidak akan hilang seiring waktu…
Amin…


Wallahu`alam

Isnin, 23 Januari 2012

Berhentilah Menyesal..!

Wahai jiwa jiwa yang sedang bangkit hari ini, jangan luangkan waktu berharga kita untuk menyesal, kerana penyesalan hanya akan menambahkan beban dan menjadi kerikil yang menutup celah celah kebahagiaan di hati kita…

Selama kita menyesal, selama itulah hati kita tertindih oleh beban yang kita fikirkan. dan selama itu juga ketajaman mata hati kita tidak berfungsi, bahkan buta dan memandang dunia ini buruk.

Padahal dunia ini bukan tempat untuk menyesal. Dunia ini indah dan menakjubkan, isi dunia ini telah Allah cukupkan untuk mengisi jiwa jiwa dan perut perut makhluk Nya, hanya manusia kadang kala terlalu cerewet, hingga ia tidak "benar benar hidup" dalam hidupnya.

Manusia terlalu banyak bertanya dan mengutarakan pendapat. Sebahagian mereka tidak memahami peranan yang telah Allah amanahkan atas dirinya. Sebahagian yang lain berharap menjadi orang lain, malahan ada juga sebahagian mereka yang ingin mengubah orang lain menurut acuannya.

Betapa tidak bersyukurnya sekujur tubuh yang terbangun dipagi hari dengan segumpal penyesalan. Padahal matahari sudah memberikan sinarnya dengan cemelrang, hingga kita mampu melangkah bebas di dunia ini.

Jangan berlama-lama terdiam ditemani berpotong potong penyesalan, sementara waktu terus bergerak. Jangan melengah-lengah, sedarilah peluru kematian sudah pun keluar dari muncungnya dan sedang menuju diri kita dalam jarak yang tidak kita ketahui.  

Lepaskanlah, bangkitlah…!

Hadapi hari-hari dan berhati hatilah sebelum kita benar benar terbangun di kubur nanti dengan perasaan menyesal.

Hari itu tidak ada lagi cahaya matahari yg setiap pagi menemui kita...

Hari itu tidak ada lagi warna warna indah yang menghiasi dunia seperti hari yang biasa, hari itu hanya ada warna hitam…

Bersiaplah, lukiskanlah warna warna indah itu dari sekarang dengan memahami keindahan Islam.

Kerana hari itu tidak ada lagi kesempatan untuk menyesal,

Jika kita masih ingin menyesal, maka menyesallah hari ini, hari ini saja. Lalu fikirkan sedalam-dalamnya apakah penting hal yang kita sesalkan itu…?

Jika jawapannya tentang isi dunia, maka berhentilah menyesal, kerana dunia dan isinya ini adalah Ilusi. Simpanlah baik baik dalam minda kita terhadap pelajaran yang di perolehi dari kegagalan itu, agar esok lusa dan seterusnya kita tidak terperosok ke dalam jurang yang sama dan tidak ada lagi penyesalan yang sama…!

Dan…bersyukurlah kita masih boleh menyesal sepuas kehendak kita hari ini. Dan kita mampu memutuskan untuk berhenti menyesal. Kerana kita masih mendapati tubuh kita terbangun untuk hidup di antara keindahan hari ini, bukan terbangun di sebuah hari yang kata-kata penyesalan tidak ada ertinya lagi….

b0san nya.........!


Semalam saya dan family pergi ke pantai bersama  sepupu sepupu pergi pantai (apa ntah nama nya tak ingat)..mmg best makan sotong celup tepung,udang ,ikan dan sebagainya...Yang paling geram ialah lambat sangat pelayan kedai nk hantar makanan ....mmmg marah sangat sangat masa tu tapi nak buat macam mana ramai sangat org masa tu...sabar jer lah...
sabarkanseparuh dari iman.....btl tak??

nasihat..!

                 
Dah lama tak update blog..sebab tahun nie saya busy sangat sangat...tapi apa apa pun kita mesti terus beramal ke jalan kebaikan ..btl tak??kalau kita tak solat apa gunanya kita hidup di muka bumi ciptaan ALLAH S.W.T... satu lagi yang kita perlu tahu adalah (amanah)..kalau nak tahu ramai orang kat dunia nie ramai yang tak amanah..btl tak saya cakap..kalau nk cari orang yang amanah dalam dunia sekarang nie memang susah kalau yang ada pun sedikit mungkin dalam 20% kot...(hehhe ..pandai pandai jer teka)...lelaki dan perempuan zaman sekarang pun sama..adab sopan santun dgn org tua entah hilang ke mana...mungkin dah hilang dari hati...! apa nak jadilah dgn dunia sekarang...banyak kes rogol,meragut,merompak dan sebagainya....apa apa pun kita berdoa kepada Allah S.W.T. supaya melindungi kita daripada perkara perkara yang jahat dan selalu berada di jalan yang lurus....Aminnn..!


JADI BERAMALLAH KE ARAH KEBAIKAN ..!

Rabu, 18 Januari 2012

10 pintu rezeki..!

Ingin kaya harta dan pahala?


1. MEMPERBANYAK ISTIGHFAR.

Allah swt berfirman: “Maka Aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Robb mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, membanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Qs. Nuh: 10-12)

Al-Qurtubi berkata, “Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahwa istighfar merupakan salah satu cara diturunkan rezeki dan hujan.

Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memperbanyak istighfar (memohon ampun pada Allah), nescaya Allah menggantikan setiap kesempitan menjadi jalan keluar, setiap kesedihan menjadi kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” ( Abu Daud)


2. BERTAKWA KEPADA ALLAH

Allah berfirman: “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (Qs. Ath-Thalaq: 2-3).

Ibnu Katsir berkata, “Maknanya, barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahkan Nya dan meninggalkan apa yang dilarang Nya, nescaya Allah akan memberinya jalan keluar, serta rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, yakni dari arah yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya.”


3. BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

Nabi Muhammad saw bersabda, “Sungguh, seandainya kalian betawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung, mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar, dan pulang  di petang hari dalam keadaan kenyang.” (Ahmad dan Tirmizi)


4. RAJIN BERIBADAH

Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, “Wahai anak Adam!, beribadahlah sepenuhnya kepada Ku, nescaya Aku penuhi (hatimu) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi keperluanmu. Jika kalian tidak lakukan yang sedemikian, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak aku penuhi keperluanmu (kepada manusia).” ( Tirmizi, Ahmad, dan Ibnu Majah).


5. HAJI DAN UMRAH

Firman Allah swt, “Lakukanlah haji dan umrah, kerana sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagaimana api dapat menghilangkan karat besi, emas, dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur kecuali syurga.” (Ahmad, Tirmizi, dan An-Nasa`i).


6. MENJAGA SILATURAHIM

Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaknya ia menyambung (tali) silaturahim.” (Bukhari).


7. BANYAK BERSEDEKAH

Allah berfirman, “Katakanlah: ‘Sesungguhnya Robb ku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki Nya di antara hamba-hamba Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki Nya)’, dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Qs. Saba`: 39).

Rasulullah saw bersabda dalam hadis Qudsi, “Wahai anak Adam, bersedekahlah, nescaya Aku  memberi rezeki kepadamu.” (Abu Daud).

8. MEMBANTU PENUNTUT ILMU
Disebutkan sebuah kisah, “Dahulu ada dua orang saudara pada masa Rasulullah saw. Salah seorang daripadanya mendatangi nabi dan (saudaranya) yang lain bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu pada nabi, maka Baginda saw bersabda, “Mudah-mudahan engkau diberi rezeki dengan sebab dia.” (Tirmizi, Hakim).

9. MEMBANTU ORANG LEMAH
Rasulullah saw bersabda, “Bantulah orang-orang lemah, kerana kalian diberi rezeki dan ditolong lantaran orang-orang lemah di antara kalian.” (Muslim dan An-Nasa`i).

10. BERHIJRAH
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (Qs. An-Nisa`: 100).

Moga kita sama-sama mengambil manfaat dan diberikan kemudahan oleh Allah untuk melakukannya dengan istiqamah…
Letihnya..! 

dah lama tak update blog...rindu nie...ckp pasal letih ni sbb hari nie kene pergi latihan merentas desa....letih gler ....sakit kaki ,pinggang dan semua lah....letih letih juga belajar tetap belajar........Mesti bersemangat..!!

Ada beberapa cerita untuk hari nie....


1.girlfriend: awak .. saya nak cincin hubungan kita
boyfriend :untuk ape ? malas la .. awak .. petang ni kita jumpa tempat biasa ok .. girlfriend :hurm .. yelah..boyfriend : awak .. cuba tutup mata awak .. saya nak bagi hadiah ..girlfrend :hadiah? .. ok ..boyfriend : ok .. cuba tengok ni .. saya belikan patung beruang untuk awak .. girlfriend : awak ! saya tak nak patung beruang .. saya nak cin...cin hubungan kita !
( sambil membaling patung beruang itu di jalan raya )
lelaki itu pun terus berlari dan mendapatkan patung itu balik dan berada dalam gengamannya ..
tiba-tiba sebuah bas meluru ke arah lelaki tersebut dan badannya di gilis sehingga lelaki tersebut tidak berdaya untuk bergerak .. lalu perempuan tersebut menjerit .. dalam keadaan yang bergegas .. perempuan mengambil patung di tangan lelaki tersebut dan tiba-tiba patung itu berkata ..
' you .. see in my pocket.. '
dan terlihatnya satu cincin yang sangat cantik .. dan patung itu terus berkata ..
will you marry me ?? ..
di saat itu .. mengalirnya air mata perempuan tersebut .. tetapi sudah terlambat untuk menyesal .. kerana lelaki tersebut sudah pun pergi untuk selama- lamanya...

~Hargailah pemberian orang~

2.Girl: Awak merokok?
boy: Tak...
Girl: Minum?
Boy: Tak...
Girl: Ada kereta?
Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...
Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...
Girl: Dah pernah pegi haji?
Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..
Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..
Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: Tipu orang...

Sabtu, 7 Januari 2012

Santai..~

  sedikit ceritA..!

Pelajar : Ustazah,doakan saya ustazah,saya nak dapat 5A dalam UPSR ni. Serius.
Ustazah:Ya,insyaAllah saya doakan.
Pelajar : Ustazah kata nak doakan,tapi ustazah tak mintak nama saya pun.
Ustazah :Ya,apa nama awak?
Pelajar : Adam ustazah.
Ustazah : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Pelajar : Saya kena dapatkan 5A jugak,sebab saya nak tuntut hadiah dari mak
saya. Mak saya kata,kalau saya dapat 5A,saya boleh mintak apa saja. Mak
saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Adam?
Pelajar : Saya nak mak saya tutup aurat ustazah.

Ustazah terkejut dan terharu,lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa untuk si pelajar tadi. Allahu Rabbi..♥♥