Ahad, 25 Disember 2011

k0leksi Gambar l0ve..!

                                            1.....l0ve pictures

   




Sabtu, 24 Disember 2011

Santai..!

Siapa yang dah tengok filem 0mbak rindu??? best tak??
kalau best tinggalkan komen..!


kalau best comment macam nie 


      ^_^


kalau x best macam nie


   <>

My FaV0rite artist,,,...!

Apa artist korean yg anda suka..! Saya suka artist korean seperti


   Kim Joon
















if you like kim joon ....leave a comment....thank you...!

Jumaat, 23 Disember 2011

Kenalkah kita akan Allah S.W.T. ..!

Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”

Pertanyaan ini mungkin jarang sekali kita dengar. Bahkan, bagi kebanyakkan orang, mereka akan terasa aneh dengan persoalan tersebut. Padahal, mengenal Allah dengan benar, iaitu dengan makrifatullah merupakan sumber ketenteraman hidup di dunia mahupun di akhirat. Orang yang tidak mengenal Allah, pasti tidak akan mengenal kemaslahatan dirinya, melanggar hak-hak orang lain, menzalimi dirinya sendiri, dan menebarkan kerosakan di atas muka bumi tanpa sedikitpun mengenal rasa malu.
Berikut ini, sebahagian ciri-ciri atau tanda aras dari al-Quran dan as-Sunnah serta keterangan para ulama salaf yang dapat kita jadikan sebagai pedoman dalam menjawab pertanyaan di atas…

 PERTAMA : Orang Yang Mengenal Allah Merasa Takut Kepada-Nya.

Allah berfirman, “Sesungguhnya yang merasa takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya adalah orang-orang yang berilmu saja.” (QS. Fathir: 28)

Ibnu Qayyim rahimahullah berkata, “…Ibnu Mas’ud pernah mengatakan, ‘Cukuplah rasa takut kepada Allah sebagai bukti keilmuan.’ Kurangnya rasa takut kepada Allah itu muncul akibat kurangnya pengenalan, iaitu makrifat yang dimiliki seorang hamba kepada-Nya. Oleh sebab itu, orang yang paling mengenal Allah ialah yang paling takut kepada Allah di antara mereka. Barangsiapa yang mengenal Allah, nescaya akan menebal rasa malu kepada-Nya, semakin dalam rasa takut kepada-Nya, dan semakin kuat cinta kepada-Nya. Semakin pengenalan itu bertambah, maka semakin bertambah pula rasa malu, takut dan cinta tersebut….” (Thariq al-Hijrataindinukil dari adh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir 5/97)


KEDUA :Orang Yang Mengenal Allah Mencurigai Dirinya Sendiri.

Ibnu Abi Mulaikah, salah seorang tabi’in berkata, “Aku telah bertemu dengan tiga puluh orang sahabat Rasulullah saw, sedangkan mereka semua merasa sangat takut kalau-kalau dirinya tertimpa kemunafikan.” (HR. Bukhari secara mu’allaq).

Suatu ketika, ada seseorang yang berkata kepada asy-Sya’bi, “Wahai sang alim.” Maka beliau menjawab, “Kami ini bukan ulama. Sebenarnya orang yang alim itu adalah orang yang sentiasa merasa takut kepada Allah. (dinukil dari adh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir 5/98)


KETIGA : Orang Yang Mengenal Allah Mengawasi Gerak-Geri Hatinya

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “..Hati yang telah disibukkan dengan kecintaan kepada selain Allah, keinginan terhadapnya, rindu dan merasa tenteram dengannya, maka tidak akan mungkin baginya untuk disibukkan dengan kecintaan kepada Allah, keinginan, rasa cinta dan kerinduan untuk bertemu dengan-Nya kecuali dengan mengosongkan hati tersebut dari ketergantungan terhadap selain-Nya”.

“Lisan juga tidak akan mungkin digerakkan untuk mengingati-Nya dan anggota badan pun tidak akan tunduk berkhidmat kepada-Nya kecuali apabila ia dibersihkan dari mengingati dan berkhidmat kepada selain-Nya. Apabila hati telah dipenuhi dengan kesibukan dengan makhluk atau ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat, maka tidak akan tersisa lagi padanya ruang untuk menyibukkan diri dengan Allah serta mengenal nama-nama, sifat-sifat dan hukum-hukum-Nya…” (al-Fawa’id, hal. 31-32)


KEEMPAT : Orang Yang Mengenal Allah Selalu Mengingati Hari  Akhirat.

Allah swt berfirman, “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, maka akan Kami sempurnakan baginya balasan amalnya di sana dan mereka tidak sedikitpun dirugikan. Mereka itulah orang-orang yang tidak mendapatkan apa-apa di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah apa yang mereka perbuat serta sia-sia apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. Huud: 15-16)

Rasulullah saw bersabda, “Bersegeralah dalam melakukan amal-amal, sebelum datangnya fitnah-fitnah (ujian dan malapetaka) bagaikan potongan-potongan malam yang gelap gulita, sehingga membuat seseorang yang di pagi hari beriman, namun di petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya beriman, namun di pagi harinya menjadi kafir, dia menjual agamanya demi mendapatkan kesenangan duniawi semata.” (HR. Muslim)


KELIMA : Orang Yang Mengenal Allah Tidak Tertipu Oleh Harta.

Rasulullah saw bersabda, “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya perbendaharaan dunia. Akan tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah rasa cukup di dalam hati.” (HR. Bukhari).

Rasulullah saw bersabda, “Seandainya anak Adam itu memiliki dua lembah emas, nescaya dia akan mencari yang ketiga. Dan tidak akan mengenyangkan rongga perut anak Adam selain tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa pun yang mahu bertaubat.” (HR. Bukhari)


KEENAM : Orang Yang Mengenal Allah Akan Merasakan Manisnya Iman.

Rasulullah saw bersabda, “Ada tiga perkara, barangsiapa memilikinya, maka dia akan merasakan manisnya iman…” Di antaranya, “Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada segala sesuatu selain keduanya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah saw juga bersabda, “Akan dapat merasakan lazatnya iman orang-orang yang redha kepada Robb nya, redha Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai Rasul.” (HR. Muslim).


KETUJUH : Orang Yang Mengenal Allah Tulus Beribadah Kepada-Nya.

Rasulullah saw bersabda, Sesungguhnya setiap amal itu dinilai berdasarkan niatnya. Dan setiap orang hanya akan mendapat balasan sebatas apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya (tulus) kerana Allah dan Rasul-Nya, nescaya hijrahnya itu akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana perkara dunia yang ingin dia gapai atau perempuan yang ingin dia nikahi, itu ertinya hijrahnya akan dibalas sebatas apa yang dia inginkan saja.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah saw turut bersabda, Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kalian, tidak juga harta kalian. Akan tetapi yang dipandang adalah hati dan amal kalian.” (HR. Muslim).

Ibnu Mubarak rahimahullah mengingatkan, “Betapa banyak amalan kecil yang menjadi besar kerana niat. Dan betapa banyak amalan besar menjadi kecil gara-gara niat. (Jami’ al-’Ulum wal Hikam oleh Ibnu Rajab).



Demikianlah, sebahagian ciri-ciri orang yang benar-benar mengenal Allah. Semoga Allah memberikan taufik kepada kita untuk termasuk dalam golongan mereka. Amin…

Wallahu`alam

Rabu, 14 Disember 2011

b0sannya..!

  • Apa kita nk buat kalau bosan....menulis atau membaca..bagi saya jika saya bosan saya akn menulis blog atau membaca blog org lain...anda buat apa kalau bosan ...?? buat sesuatu yang berfaedah tau...jangan buat perkara yang sia sia..dengar cakap org tua dan hormati lah mereka..ok,.....

Rabu, 7 Disember 2011

My dream ph0ne..!

                          kalau dapat phone nie kan best???ada siapa -siapa nk sponsor.??  hehehe..gurau jer..
                      walid tolong beli satu....hehehe..<3

I am distress..!

Why there is sadness in the life??? can't somebody help me to remove my sadness?? I really need some who can       understand me and make me happy..?? Ya Allah sabarkanlah hamba-Mu ini..

Ahad, 27 November 2011

Relaxed..~

ini sedikit cerita drpd saya..~~

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang... berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Jumaat, 25 November 2011

happy holiday..!!

Selamat cuti buat kawan kawan semua..semoga cuti nie bergembira bersama keluarga tercinta..................

friend is better than lovers...!

Dah lama tak update blog....rindu plak...sahabat lebih penting daripada kekasih...kerana sahabat sentiasa di sisi kita apabila kita dalam senang atau susah....Jadi hargailah kawan kawan kita kerana sahabat boleh dipercayai daripada kekasih...love you all my friends..!

Rabu, 28 September 2011

this is my friend..!

                                                         nie alisa dan izah..
hari nie nk tunjuk gambar best friends fatin love you all..<3   ........gambar atas nie fieyna...

will forfeit..!

hari ini g sekolah seperti biasa tapi satu jer tak suka kena denda lah plak... hari tu kne tumbuk, hari nie sekelas kna denda ..geram sangatlah..masa geografi cg lambat masuk kelas pastu mestilah murid-murid bising... sekali cg masuk langsung kena berdiri atas kerusi...pastu cg beri duduk tak sampai 2 minit kena berdiri balik ...kali nie lebih parah... dahlah kena berdiri atas kerusi pastu kena angkat satu kaki plak..letih gler...pastu cg ambil satu batang penyapu (bagi melepaskan marah kot)...cg patah patahkan penyapu tu..kemudian cg ambi kayu yang cg patahkan ...lalu cg pukul beberapa org murid dgn penyapu...sakit kot..hehe..pastu kena rotan nasib baik fatin tak kena tapi fina kne....kesian kat fieyna....selepas tu cg suruh berdiri sambil bongkok selama 30 minit...sabar jer lah...~pastu masa cg keluar dari kelas semua budak senyap dan nk pengsan..letih gler gler...sabar ~~

Selasa, 27 September 2011

The most disappointing day for me and fina..!

memang benci gler kat cg ...masa tu fatin dgn fina pergi toilet pastu masa nk g balik dalam kelas terserempak 2 org cg tapi lupa nk beri salam..tengah jalan merentasi 2 cg tu..tiba-tiba kepala fatin sakit macam kena ketuk dgn kuat...rupa rupanya salah seorang cg tu ketuk kepala fatin dgn fina...fatin kna ketuk 3 kali dan fina kna 2 kali..sakit ..habis habisan kutuk cg...hahha..sabar je lah..~

Khamis, 22 September 2011

Enj0yable experience in Gambang Water Park..!

this time at masuk kali ke-5 pergi Gambang water park tapi tak pernah boring pun pergi ke sana sebab kat sana tenang dan sebagainya lah...bertolak dari Kuantan pada pukul 9.30 pagi sampai kat sana dalam pukul 10.15 pagi....sampai tu terus ke tempat untuk beli tiket...ramai sangat org tapi relaks ahh bkn gambang tu lari pun nk kejar kejar ..btl x??? fatin pergi ke gambang bukan dengan family jer tapi cousin kat kuantan 3 org pastu campur dgn pak saudara dari Pahang...mmg best g ramai ramai..hhuh..semasa fatin main air dgn cousin cousin tiba tiba pelampung yg fatin naik terbalik dan fatin lemas....sesak dada rasa.....nasib baik tak nangis...sabar jer lah...lama jugalah main air dari pukul 10.30 pg sampai 5.30 ptg..cuaca plak panas habis hangus muka dibuatnya..hahaha....tapi yg penting kita tak hilang atau ada apa kemalangan yang berlaku pun...ok lah sampai sni jer cerita fatin kat Gambang Water Park...see you next time gambang water park..!!

puisi cinta kepada manusia..!


Bila Aku Jatuh Cinta:

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu

tired and bored..!

kenapa hari nie penat dan bosan...?? mungkin sbb lama tak update blog kot... kat sekolah tadi kita orang main banyak sangat....siap ponteng lagi..(20 minit jer) g jalan jalan kat sekolah pastu tlg cg....ok. cg jgn marah fatin, lisa,fina dan izah yer....syg cikgu..!

Ahad, 11 September 2011


sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu
sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam
....love you all...!! <3 <3

weary today...!

salam...letih nya hari ni g sekolah..nk pengsan rasa...jangan macam tu kena rajin rajin'usaha tangga kejayaan'.....do the best to go school....not alone we are lazy not to go to school..

Sabtu, 10 September 2011

Evening In The TER...!!

Kemarin fatin dan keluarga pergi ke TER main bowling dan badminton...best gler main ramai ramai.....fatin mendapat tempat ke-4drpd 6 org....tak pandai mana pun main bowling but we have to try to do the best..!! sepupu fatin dt tempat -1 nama dia mawardah...cantik orgnya....tempat-2..sepupu fatin juga nama dia afifah...tempat ke-3 adik fatin icah (no2) tempat ke-5 plak mak saudara fatin cik num..tempat yg terakhir-6 sepupu fatin diana...ibu fatin tak main sbb jaga adik kecil fatin..ok lah sampai sini jer lah cerita fatin... <3 <3

horrible tragedy..!!!

hari ni fatin and family pergi main badminton pastu fatin nak pergi ambil racket yang tertinggal kat dalam kereta...Semasa nk pergi balik kat dewan fatin dengan sepupu fatin (diana) hampir hampir nk kena langgar dgn sebuah kereta proton saga...bahaya gler..!!! naik baik lari tu laju kalau tidak ermm...dalam hospital dah..huhuhuh....kalau berdebar baca doa di atas...

i hate s0me0ne..!!!

kalau aku ni jenis tak sabar aku dah marah kat diorang ....dah lah selepas balik sekolah dah ambil pastu ambil lagi .....habis tu aku nk ambil tengok tengok dah habis nie nk marahhh.....I hate Y0u all..

Jumaat, 9 September 2011

personal motto..!!!

salam....setiap orang di dalam dunia ini pasti ada cogan kata untuk diri sendiri.....cogan kata diri fatin ialah ~~d0 n0t give 0ut bef0re we try...setiap orang harus ada cogan kata diri ok....kerana ini akan mengambarkan sifat seseorang itu malas atau rajin...ok...<3 <3 <3 ~~~

Khamis, 8 September 2011

The St0ry 0f My Family!!!!

Salam semua ....hari ni fatin nak cerita tentang keluarga fatin ok bermula dari ayah fatin dulu k.....nama ayah fatin ~Syed M0hd Roslan bin Syed Jaafar....nama ibu fatin ~ N0r Zalida bt Ngah....nama adik 1 fatin pula ~Sharifah Hanisah Firzanah bt Syed M0hd Roslan...dan adik bongsu fatin pula~Syed Darwish A'lamgir bin Syed Mohd Roslan .......i love my famiy very much...APPRECIATE OUR FAMILY~~ <3 <3 ~

St0ry 0f Friendship!!!

salam dan hye semua.....hari ni fatin nk cerita tentang kawan kawan fatin....yang pertama nie fatin kawan dgn dia dah lama tahun ni dah masuk 7 tahun dah kawan dgn dia....nama dia~~Che Ku Alisa Farhana bt Che Ku Aziz....mmg banyak persamaan tentang hidup fatin dgn dia....semua cerita suka duka dikongsi bersama...okey dah cerita pasal alisa ..yang kedua pula Hadfina Mirza bt M0hd N00r...ank kepada seoang pengawai  polis...fatin panggil dia dgn nama fina atau ina..kitaorang duduk satu kelas...fina suka sangat buat lawak kalau fatin sedih ...yang ketiga ni Nurul Izzah...dia mmg baik orgnya selalu beri fatin dan lisa pinjam novel dia...mmg best ada kawan macam ni...okeylah sampai kat sini jer cerita fatin ...g00d luck!!!! <3

25 d0a dari Al-Quran...

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (QS 2:186)

  • Ya Robb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka (QS 2:201)

  • Ya Robb kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. (QS 2:250)


  • Ya Robb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. (QS 2:286)


  • Ya Robb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. (QS 2:286)


  • Ya Robb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS 2:286)


  • Ya Robb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia). (QS 3:8)


  • Ya Robb kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS 3:147)


  • Ya Robb kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun. (QS 3:192)


  • Ya Robb kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Robb mu”, maka kami pun beriman”. (QS 3:193)


  • Ya Robb, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. (QS 3:193)


  • Ya Robb, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji. (QS 3:194)


  • Ya Robb, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang kerugian (QS 7:23)


  • Ya Robb, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu. (QS 7:47)


  • Ya Robb, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya. (QS 7:89)


  • Ya Robb, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu). (QS 7:126)


  • Ya Robb, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang’zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang yang kafir. (QS 10:85-86)


  • Ya Robb, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit. (QS 14:38)


  • Wahai Robb, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). (QS 18:10)


  • Ya Robb, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (QS 25:74)


  • Ya Robb, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala. (QS 40:7)


  • Ya Robb, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS 40:8)


  • Ya Robb, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman. (QS 44:12)


  • Ya Robb, berilah ampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Robb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (QS 59:10)


  • Ya Allah, hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. (QS 60:4)


  • Ya Robb, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS 66:8)